Saturday, April 10, 2010

SEKOLAH MEMBEDAI

Sewaktu pemantauan pembersihan dijalankan di SK Membedai sempat juga team Unit Pembangunan membantu meja GB yang hampir roboh...






Cerita hari RABU

Unit Pembangunan menetapkan hari RABU adalah hari perjumpaan kepada semua staf Unit Pembangunan dan Aset. Tujuan utama perjumpaan ini adalah membolehkan semua staf memberi respon atau juga mengemukakan semua permasalahan yang berlaku disekolah untuk dibincangkan.








KUTIPAN PERABOT DI SEKOLAH

Unit pembangunan dan Aset telah mengambil langkah positif bagi memastikan data-data pembangunan dan aset di sekolah rendah dan menengah akan lebih terurus dengan sempurna. Sehubungan itu, satu langkah telah diambil sebagai tindakan awal iaitu staf pembangunan dan aset turun padang bagi mengumpul perabot yang lebih disekolah untuk dikumpul di stor dan seterusnya menggagihkan kesekolah sekolah yang lebih memerlukan.
Antara sekolah yang telah dilawati ialah SK Kerupang, SK Patau-Patau, SK Rancha-Rancha, SK Bebuloh, SK Tanjung Aru, SK Pantai dan SMK Lajau. Penghantaran perabot ke SM Teknik juga telah dibuat iaitu sebanyak 55 buah meja telah diagihkan.
Selain itu 3 buah meja guru juga telah diagihkan ke SK Pantai dan meja lipat ke SK Pekan Dua.